love pink

Pengikut

Isnin, 21 Mac 2011

Muntah-muntah semasa mengandung



Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh bakal ibu yang hamil ialah muntah-muntah sewaktu diawal kehamilan,ianya terbahagi kepada tahap biasa,sederhana dan teruk

Gejala ini adalah kerana perubahan dan peningkatan paras hormon dalam diri seseorang yang hamil,hormon ini dikenali sebagai hormon estrogen dan hormon progestron,ianya bermula dengan rasa loya-loya dan seterusnya muntah-muntah ianya merupakan tanda-tanda awal kehamilan anda

Gejala muntah-muntah akan menyebabkan gangguan keseimbangan metabolik,kekurangan nutrisi/zat makanan,tiada selera makan.Bagi yang mengalami gejala muntah-muntah pada tahap yang teruk anda dikehendaki mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan

Kebiasaannya gejala muntah adalah sementara sahaja iaitu dalam jangkamasa kurang 3 bulan,tetapi bagi sesetengah wanita ianya berlarutan sehingga melahirkan anak,jika mengalami gejala ini anda digalakkan meminum air dengan banyak dan kerap makan agar dapat mengembalikan nutrisi yang hilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan