- tahap kesuburan pasangan lelaki
- tahap kesuburan pasangan wanita
- teknik yang tidak betul semasa menjalinkan hubungan intim
- masalah keputihan
- tidak mengetahui waktu subur
Diari Hamil
pregnant,pregnancy test,hamil,bakal ibu bapa
love pink
Pengikut
Selasa, 4 Jun 2013
Kenapa tidak mengandung??
Setiap perkahwinan semestinya mahukan kehadiran anak yang bakal menceriakan sesebuah keluarga, kehadiran anak akan mengeratkan dan memperkukuhkan lagi sesebuah perkahwinan, walaupun begitu anak merupakan anugerah dari-Nya,bagi sesetengah orang rezeki dikurniakan anak diberikan pada usia awal perkahwinan, ada juga yang hanya dapat memiliki anak setelah 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun,5 tahun bahkan ada yang hanya dapat memiliki anak setelah 10 tahun berkahwin, inilah yang menjadi persoalan bagi sesetengah pasangan,mengikut kajian yang dijalankan antara faktor penyebab perkara ini adalah:-
Buku Lengkap mengenai kehamilan- Diari Hamil
kehamilan merupakan berita yang paling mengembirakan bagi sesebuah perkahwinan,bagi yang pertama kali hamil pastinya berdepan dengan pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai alam kehamilan, dapatkan buku lengkap mengenai kehamilan yang telah berada dipasaran, dapatkan buku Diari Hamil untuk panduan anda di kedai-kedai berhampiran
* sekadar promosi produk, buku ini tiada kaitan dengan tuan blog
Rabu, 23 Mac 2011
Diari Hamil
Blog ini dicipta sebgai panduan untuk bakal ibu bapa dan mereka yang hamil agar dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu untuk berhadapan dengan cabaran sepanjang kehamilan,bagi mendapat info yang lebih tepat rujuk pegawai perubatan/doktor yang berkaitan,info yang dicatat dalam blog ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sahaja
Selasa, 22 Mac 2011
Ubat-Ubatan untuk ibu mengandung
Jika anda disahkan mengandung atau mengalami tanda-tanda hamil, ingat jangan makan ubat tanpa merujuk pada doktor,kerana di khuatiri boleh membawa kesan buruk pada kandungan anda, bilamana anda hamil, anda akan mengalami keadaan lemah badan,muntah-muntah dan sakit-sakit badan, dapatkan rawatan dari doktor
Tidak datang bulan(period) melebihi 1 bulan
Antara tanda-tanda utama anda hamil ialah tidak datang bulan melebihi 1 bulan, akan tetapi menjadi kebiasaan bagi pasangan yang baru berkahwin period tidak seperti biasa/regular.Jadi anda harus mengetahui tanda-tanda lain bagi seseorang yang hamil
Isnin, 21 Mac 2011
Muntah-muntah semasa mengandung
Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh bakal ibu yang hamil ialah muntah-muntah sewaktu diawal kehamilan,ianya terbahagi kepada tahap biasa,sederhana dan teruk
Gejala ini adalah kerana perubahan dan peningkatan paras hormon dalam diri seseorang yang hamil,hormon ini dikenali sebagai hormon estrogen dan hormon progestron,ianya bermula dengan rasa loya-loya dan seterusnya muntah-muntah ianya merupakan tanda-tanda awal kehamilan anda
Gejala muntah-muntah akan menyebabkan gangguan keseimbangan metabolik,kekurangan nutrisi/zat makanan,tiada selera makan.Bagi yang mengalami gejala muntah-muntah pada tahap yang teruk anda dikehendaki mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan
Kebiasaannya gejala muntah adalah sementara sahaja iaitu dalam jangkamasa kurang 3 bulan,tetapi bagi sesetengah wanita ianya berlarutan sehingga melahirkan anak,jika mengalami gejala ini anda digalakkan meminum air dengan banyak dan kerap makan agar dapat mengembalikan nutrisi yang hilang
Ahad, 20 Mac 2011
Hamil 1 rahmat

Langgan:
Catatan (Atom)