love pink

Pengikut

Rabu, 23 Mac 2011

Diari Hamil

Blog ini dicipta sebgai panduan untuk bakal ibu bapa dan mereka yang hamil agar dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu untuk berhadapan dengan cabaran sepanjang kehamilan,bagi mendapat info yang lebih tepat rujuk pegawai perubatan/doktor yang berkaitan,info yang dicatat dalam blog ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sahaja

Selasa, 22 Mac 2011

Ubat-Ubatan untuk ibu mengandung

Jika anda disahkan mengandung atau mengalami tanda-tanda hamil, ingat jangan makan ubat tanpa merujuk pada doktor,kerana di khuatiri boleh membawa kesan buruk pada kandungan anda, bilamana anda hamil, anda akan mengalami keadaan lemah badan,muntah-muntah dan sakit-sakit badan, dapatkan rawatan dari doktor

Tidak datang bulan(period) melebihi 1 bulan

Antara tanda-tanda utama anda hamil ialah tidak datang bulan melebihi 1 bulan, akan tetapi menjadi kebiasaan bagi pasangan yang baru berkahwin period tidak seperti biasa/regular.Jadi anda harus mengetahui tanda-tanda lain bagi seseorang yang hamil

Isnin, 21 Mac 2011

Muntah-muntah semasa mengandung



Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh bakal ibu yang hamil ialah muntah-muntah sewaktu diawal kehamilan,ianya terbahagi kepada tahap biasa,sederhana dan teruk

Gejala ini adalah kerana perubahan dan peningkatan paras hormon dalam diri seseorang yang hamil,hormon ini dikenali sebagai hormon estrogen dan hormon progestron,ianya bermula dengan rasa loya-loya dan seterusnya muntah-muntah ianya merupakan tanda-tanda awal kehamilan anda

Gejala muntah-muntah akan menyebabkan gangguan keseimbangan metabolik,kekurangan nutrisi/zat makanan,tiada selera makan.Bagi yang mengalami gejala muntah-muntah pada tahap yang teruk anda dikehendaki mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan

Kebiasaannya gejala muntah adalah sementara sahaja iaitu dalam jangkamasa kurang 3 bulan,tetapi bagi sesetengah wanita ianya berlarutan sehingga melahirkan anak,jika mengalami gejala ini anda digalakkan meminum air dengan banyak dan kerap makan agar dapat mengembalikan nutrisi yang hilang

Ahad, 20 Mac 2011

Hamil 1 rahmat



Kehamilan merupakan 1 rahmat kepada pasangan suami isteri, kehidupan berumahtangga bakal diserikan dengan kehadiran zuriat,bukan semua diberikan rahmat seperti ini, oleh itu bagi anda yang bakal bergelar ibu bapa...jagalah zuriat anda dan berikan mereka yang terbaik

Sabtu, 19 Mac 2011

Bagaimana mengesahkan anda mengandung?



anda mengalami beberapa simptom seperti tidak datang bulan melebihi 1 bulan, maka sebaiknya dan wajib untuk anda ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan dan membuat pemeriksaan air kencing iaitu urine pregnancy test bagi mengesahkan anda positif mengandung

Anda juga boleh membuat sendiri ujian mengandung dengan membeli alat ujian kehamilan di farmasi, dan ikuti arahan seperti yang tertera di alat tersebut atau mendapatkan tunjuk ajar dari penjual

Bagaimana untuk mengetahui anda mengandung?

pelbagai petua dan cara untuk anda mengetahui yang anda mengandung,antara simptom-simptom seseorang mengandung ialah:-
  1. tidak datang bulan melebihi 1 bulan
  2. mengalami gejala loya dan muntah
  3. kerap membuang air kecil
  4. payudara terasa sakit dan membesar
  5. merasa lemah badan
  6. merasa lelah/semput
  7. sembelit

Diari Hamil

Alam perkahwinan dilengkapkan lagi bilamana anda hamil, kehamilan membawa erti dan definisi yang amat bermakna buat seorang wanita, blog Diari Hamil dibina untuk panduan,rujukan dan perkonsian pengalaman kehamilan.